Wednesday 23 May 2012

Pantai Lampuuk Banda Aceh, Indonesia



Pantai Lampuuk Aceh adalah pantai tarikan pelancong di Aceh yang terletak di pantai barat Aceh. Terletak lebih kurang 17 km dari Banda Aceh dan boleh mengambil masa kurang daripada 30 minit menaiki kenderaan. Tetapi malangnya pantai agak terkenal dengan tempat-tempat pelancongan kegemaran penduduk Aceh ini musnah akibat Tsunami pada tahun 2004. Pantai yang cukup indah yang boleh digunakan sebagai tempat untuk berenang, berjemur di atas pasir putih, memancing, belayar, menyelam,banana boat dan olahraga surfing serta lain-lain aktiviti rekreasi. Pantai Lampuuh jauh lebih indah pada waktu petang di mana kita boleh melihat matahari terbenam dengan penuh pesona.
Di lokasi ini juga terdapat fasiliti seperti tandas awam, kedai makan,dan juga penginapan-penginapan (cottage) yang terdapat di sekitar pantai Lampuuk. Selain itu, para pengunjung juga boleh melakukan aktiviti seperti BBQ pada waktu siang.

Panorama ketika matahari terbenam di Pantai Lampuuk.



Aktiviti Surfing

No comments:

Post a Comment