Thursday 31 May 2012



Muzuim Aceh adalah muzium yang memberikan gambaran secara keseluruhan sejarah dan budaya di Aceh. Perpustakaan ini mengandungi 10000 buku. Ia dibina pada tahun 1914 oleh Belanda Gabenor Van Swart.


Muzium Aceh

 Loceng Cakra Donya.
Cakra Donya adalah lonceng yang berupa mahkota besi berbentuk stupa buatan Cina 1409 M, dengan tinggi 125 cm dan lebar 75 cm. Lonceng ini  merupakan hadiah dari Kerajaan Cina yang dibawa oleh Laksamana Ceng Ho kepada Sultan Aceh.

Wednesday 30 May 2012


Pulau Sabang adalah bandar kecil yang terletak di Pulau Weh, pulau di barat Indonesia. Jaraknya sekitar 225 Km dari Banda Aceh yang mengambil masa selama 2 jam menaiki kapal Feri. Keindahan taman lautnya yang sangat terkenal dimana pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti scuba diving, snorkeling dan menaiki bot untuk mengelilingi pulau.






Pemandangan di Pulau Sabang ketika waktu pagi.






Taman Laut Pulau Sabang





Feri untuk ke Pulau Sabang



 Snorkeling









Thursday 24 May 2012

Mata-Ie Hillside adalah Taman tema air yang terletak di sebuah bukit yang mengambil masa kira-kira 30 minit dari Banda Aceh. Taman tema ini menawarkan pelbagai jenis kemudahan seperti bilik konvensyen, restoran, kolam renang yang dibina untuk orang dewasa dan kanak-kanak serta  flying fox untuk mencabar adrenalin anda. Set karaoke juga disediakan bagi pengunjung yang suka menyanyi. 

Caj yang dikenakan untuk memasuki Taman Tema ini adalah: (Sabtu & Ahad) sebanyak Rp35,000, dan pada hari Isnin-Jumaat sebanyak Rp25,000.  

Set karaoke juga disediakan untuk pengunjung.



 Museum Tsunami Aceh terletak di Jalan Iskandar Muda, Banda Aceh. Museum ini dibuka pada setiap hari (kecuali Jumaat) pukul 10.00-12.00 dan 3.00-5.00. Bangunan  ini cukup unik kerana apabila dipandang dari jarak jauh ia menyerupai kapal laut dan bercerombong  
Museum ini dirasmikan pada Februari 2008. Tujuan pembinaan museum ini adalah untuk mengenang gempa bumi yang mengakibatkan tsunami tahun 2004 yang mengorbankan lebih dari 150 ribu nyawa serta menjadi pusat pendidikan dan sebagai pusat evakuasi jika bencana tsunami kembali lagi.
Ruang dalam Museum Tsunami.
Antara pameran yang terdapat di dalam museum Tsunami


Masjid Raya Baiturrahman Banda Aceh

Masjid Raya Baitulrahman adalah sebuah masjid besar yang terletak di pusat bandar Banda Aceh, Indonesia. Masjid ini merupakan simbolik yang hebat bagi rakyat Aceh sebagai simbol agama dan budaya Aceh, terutamanya kerana ia satu-satunya masjid yang utuh dan   terselamat ketika bah Tsunami yang melanda Banda Aceh pada tahun 2004.

Ukuran masjid yang cukup besar di mana ia mempunyai menara yang tinggi dan juga balutan cat putih. Luasnya mencapai empat hektar dengan tujuh kubah, empat menara, dan satu menara induk, menjadikan masjid ini sebagai salah satu masjid terbesar di Asia Tenggara. Ruangan dalamnya mencapai 4.760 m2 dan mampu menampung sehingga 9000 jemaah. Uniknya, lantai marmar di dalam masjid ini adalah buatan Itali..




Keindahan Masjid Baitulrahman Aceh












Wednesday 23 May 2012

Pantai Lampuuk Banda Aceh, Indonesia



Pantai Lampuuk Aceh adalah pantai tarikan pelancong di Aceh yang terletak di pantai barat Aceh. Terletak lebih kurang 17 km dari Banda Aceh dan boleh mengambil masa kurang daripada 30 minit menaiki kenderaan. Tetapi malangnya pantai agak terkenal dengan tempat-tempat pelancongan kegemaran penduduk Aceh ini musnah akibat Tsunami pada tahun 2004. Pantai yang cukup indah yang boleh digunakan sebagai tempat untuk berenang, berjemur di atas pasir putih, memancing, belayar, menyelam,banana boat dan olahraga surfing serta lain-lain aktiviti rekreasi. Pantai Lampuuh jauh lebih indah pada waktu petang di mana kita boleh melihat matahari terbenam dengan penuh pesona.
Di lokasi ini juga terdapat fasiliti seperti tandas awam, kedai makan,dan juga penginapan-penginapan (cottage) yang terdapat di sekitar pantai Lampuuk. Selain itu, para pengunjung juga boleh melakukan aktiviti seperti BBQ pada waktu siang.

Panorama ketika matahari terbenam di Pantai Lampuuk.



Aktiviti Surfing